Sabtu, Mac 19

4.3 KEGIGIHAN PARAMESWARA MEMBANGUNKAN KMM

Setelah membuka Melaka, Parameswara berusaha untuk memajukan negeri Melaka disamping
mengembangkan pengaruhnya.

1. SISTEM PEMERINTAHAN YANG TERATUR
  • Parameswara telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur.
  • Pelbagai jawatan telah diwujudkan untuk membantu baginda dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negeri Melaka.
  • Antara jawatan tersebut ialah :
    • pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri.
    • 40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja.
    • biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran.
      • biduanda juga dikenali sebagai  :
          • budak kundang
          • budak raja
          • juak-juak
          • hamba @
          • orang suruhan raja
2. KEMUDAHAN PELABUHAN
  • Parameswara berusaha gigih membangunkan Melaka melalui kegiatan perdagangan.
  • Pelabuhan Melaka telah dimajukan dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan pedagang-pedagang asing singgah dan berniaga di Melaka.
  • Antara kemudahan yang disediakan  :
    • tempat membaiki kapal
    • bekalan air bersih dan makanan
    • tenaga kerja
    •  tempat penginapan 



3. BANTUAN ORANG LAUT
  • Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang Laut yang mempunyai ciri-ciri kepahlawanan dan mahir dalam selok-belok Selat Melaka untuk menjaga keamanan dan keselamatan Melaka.
    • Orang Laut juga dikenali sebagai Orang Selat @ Cellates @ Seletar dalam kalangan pengembara Barat.
  • Orang Laut mahir dalam bidang kelautan dan membekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan di Melaka.
  • Tome Pires dan de Barros menyatakan bahawapusat petempatan Orang Laut terletak di Bentan, Temasik dan Lingga.

4. HUBUNGAN DIPLOMATIK
  • Sebagai seorang pemimpin yang bijak, Parameswara telah menajalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China demi menjamin keselamatan Melaka.
    • Hubungan diplomatik dengan Siam telah dijalin untuk mengelakkan Melaka daripada diserang oleh Siam dan seterusnya mengiktiraf kedaulatan Melaka.
    • Hubungan Diplomatik dengan China pula dijalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 serta 1409.
      • Melaka menjadi negeri naungan China dan mengahntar ufti bunga emas ke China.
      • kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Melaka.
    • hubungan diplomatik dengan China telah menyelamatkan Melaka daripada ancaman kerajaan Siam di utara  dan Majapahit di selatan.
IKATAN KONSEP DAULAT
  • Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu, orang Laut dan orang Asli yang telah banyak membantu Parameswara dalam membangunkan Melaka.
    • Orang Melayu berperanan sebagai ketua-ketua masyarakat dan dilantik memegang jawatan pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
    • Orang Laut membekalkan hasil laut sebagai barang dagangan dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
    • Orang Asli membekalkan hasil hutan unutk kegiatan perdagangan.
  • Penduduk Melaka mempunyai semangat sanggup berkorban, menghargai pemimpin dan taat setia kepada raja yang turut membantu Parameswara membangunkan Melaka.
  • Hubungan raja dengan rakyat adalah erat dan sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara


    4 ulasan:

    1. Seribu Terima Kasih.....Laman Web ini sudah bayak menolong saya....:)

      BalasPadam
    2. Terima kasih, maklumat ini sngat mmbantu sya dlam menyiapkan kk sejarah

      BalasPadam
    3. Terima kasih ini sangat membantu saya untuk melaksanakan folio sejarah yang telah diberikan pensyarah saya

      BalasPadam