Jumaat, Mac 18

4.1 PARAMESWARA PENGASAS KMM

KISAH PENGASASAN KMM.
Perjalanan Parameswara dari Temasik Ke Melaka.

Peta Perjalanan Parameswara
              Parameswara merupakan putera raja Palembang. Baginda cuba mengembalikan kedaulatan kerajaan Srivijaya dari cengkaman kerajaan Majapahit. Dalam usaha baginda untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit, kerajaan Majapahit terlebih dahulu telah menyerang Palembang. Palembang akhirnya dapat dikuasai oleh Majapahit. Oleh yang demikian, Parameswara bersama-sama para pembesar Melayu dan Orang Laut berundur dari Palembang.

            Setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya Parameswara sampai di sebuah pulau yang bernama Temasik. Temasik ketika itu berada di bawah lindungan kerajaan Siam. Temasik pada ketika dahulu pernah menjadi wilayah naungan kerajaan Srivijaya. Pemerintah Temasik pada ketika itu ialah Temagi. Temagi menyambut baik ketibaan Parameswara  dan pengikut-pengikutnya. Ketika berada di Temasik, baginda dapat melihat potensi-potensi yang dimiliki oleh Temasik untuk berkembang maju. Parameswara cuba menuntut hak pertuanannya ke atas Temasik. Akhirnya, baginda berjaya menjadi pemerintah Temasik dengan membunuh Temagi.

            Semangat gigih, tabah menghadapi cabaran, dan kerjasama yang diberikan oleh pengikut-pengikut baginda terutamanya Orang Laut, telah menyebabkan Temasik menjadi maju. Baginda cuba sedaya upaya mengembalikan semula zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya.

            Kemajuan Temasik tidak disenangi oleh Siam dan Majapahit. Kerajaan-kerajaan tersebut cuba menguasai dan menakluki Temasik. Bagi mengelak serangan dari siam dan Majapahit serta atas undangan Orang Laut untuk menjadikan baginda sebagai pemimpin mereka, maka baginda dan pengikutnya meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas beberapa lama tinggal di Muar, baginda bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan perjalanan menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Maka, baginda telah sampai di sebuha perkampungan nelayan.



            Semasa baginda berehat di bawah sebatang pokok, baginda telah melihat satu kejadian yang menakjubkan. Seekor pelanduk kecil telah menedang anjing perburuan baginda. Kejadian ini menghairankan baginda dan memberi petanda bahawa tempat ini sesuai untuk dijadikan negeri. Maka, bagindamengarahkan pengikutnya supaya mendirikan sebuah negeri dengan mengambil nama pokok Melaka yang menjadi tempat baginda bersandar semasa berehat. Lama-kelamaan, wujudlah sebuah kerajaan yang agung di gugusan Kepulauan Melayu  iaitu Kesultanan Melayu Melaka.  

SEBAB-SEBAB PARAMESWARA MEMILIH MELAKA UNTUK DIJADIKAN SEBUAH KERAJAAN  :
  1.  Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadikannya sesuai sebagai laluan kapal dagang.
  2. Mudah untuk mendapatkan belakan air bersih.
  3. Bentuk muka buminya yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pedagang dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
  4. pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.
  5. muara sungainya yang terlindung daripada tiupan angin  monsun  dan dalam memudahkan kapal dagang berlabuh.
___________________________________________







Tiada ulasan:

Catat Ulasan