Ahad, April 3

BAB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA

5.1 PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

  • Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultam Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
  • Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka.
  • Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan.
  • Baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
  • Pembessar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
  • Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing


  • Peranan sultan
    • Menyelaras semua kegiatan ekonomi
    • Menjadi lambang perpaduan rakyat
    • Mengetuai hubungan diplomatik
    • Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
    • Mengetuai angkatan tentera
    • Melantik pembesar negeri

       





  • Sistem Pembesar Empat Lipatan
    • Bendahara
      • Menjadi penasihat sultan
      • Menteri utama
      • Ketua turus angkatan perang
      • Ketua hakim
      • Pemangku sultan
    • Penghulu Bendahari
      • Menjadi pemungut hasil atau ufti
      • Ketua segala bendahari
      • Ketua urus setia istana
      • Ketua segala syahbandar
    • Temenggung
      • Menjadi ketua polis dan penjara
      • Penguasa Bandar dan Kota Melaka
      • Ketua protokol istana
      • Hakim di darat
    • Laksamana
      • Menjadi ketua angkatan laut
      • Ketua duta
      • Pengawal peribadi sultan
      • Utusan rasmi kerajaan
  • Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting untuk membina kerajaan yang kuat dan maju.
  • Untuk meningkatkan sokongan, Pembesar Berempat dianugerahkan "kawasan pegangan" iaitu kuasa untuk mentadbir kawasan.
    • Muar dan Bentan dipegang oleh Bendahara
    • Sening Hujung dan Kampar dipegang oleh Penghulu Bendahari
    • Temasik dipegang oleh Laksamana
    • Sungai Raya dan Siantan dipegang oleh Hulubalang
  • Sultan melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini dipanggil "kawasan pemakanan". Lazimnya, pembesar akan menghadap dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan.


5.2 PUSAT PERDAGANGAN

  • Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
  • Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu :

    " Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber : W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1961.hlm 82)

    • Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat.
    • Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur.
Faktor Perkembangan Melaka sebagai pusat Perdagangan antarabangsa

  • Kedudukan geografi

  • Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang
  • Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.
  • Terlindung daripada tiupan angin monsun :
    • Barat Daya dilindungi oleh Pulau Sumatera
    • Timur Laut dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa
  • Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar menuju ke Melaka serta tempat yang strategik mengawasi Selat Melaka. 

  • Selain faktor geografi, kemajuan perdagangan di Melaka juga dikaitkan 
     dengan beberapa faktor lain.

     

  • Peranan syahbandar
    • Jawatan syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar.
    • Antara peranan Syahbandar ialah
      • Menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.
    • Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang ditetapkan.
      • Syahbandar I – mengurus pedagang dari Gujerat
      • Syahbandar II – menguruskan pedagang dari China, Champa dan Ryukyu
      • Syahbandar III – mengurus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi
      • Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina



       



  • Peranan Laksamana dan Orang Laut
    • Lsksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka
    • Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.
    • Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka.


  •  
    • Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka
      • Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar.
      • Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.
        • Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.
        • Mulkiwi adalah ketua segala kiwi

           
    • Kemudahan di pelabuhan

      • Pelbagai kemudahan seperti
        • gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun
        • kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang
        • kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki dipelabuhan
        • bekalan makanan dan minuman
        • kemudahan prasarana
      • Semua ini penting untuk kemudahan pedagang yang berdagang di Melaka.
    • Bahasa Melayu sebagai lingua franca
      • Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain.
    • Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga
      • Sistem cukai yang berpatutan :
        • Pedagang dari Barat dikenakan 6%
        • Pedagang yang tinggal tetap di Melaka 3%
        • Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah
        • Pedagang perlu membayar "panduan" iaitu cukai rasmi sebelum berjual-beli

           
    • Penggunaan sistem mata wang
      • Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.
       
    • Pelabuhan entrepot
      • Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.


    5.3 KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR

    Hubungan Serantau

    • Pasai
      • Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan Melaka, Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.
      • Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama Islam.
      • Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Kerajaan Melaka pernah membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya ke Pasai.
      • Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.
    • Siak dan Kampar
      • Hubungan terjalin apabila Melaka menakluki Siak dan Kampar.
      • Siak dan Kampar menghantar ufti kepada Melaka.
      • Membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan Melaka.
    • Jawa
      • Membekalkan beras, bahan makanan dan rempah.
    Hubungan Antarabangsa

    • China
      • Hubungan dengan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka

         
    • Siam
      • Hubungan bermula apabila Melaka menghantar utusannya, Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam,
      • Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan kepada Melaka.
    • Ryukyu (Jepun)
      • Terjalin melalui hubungan perdagangan dan diplomatic.
      • Sultan Mansur Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu yang melanggar undang-undang di Melaka.
    • Gujerat (India)
      • Terjalin melalui kegiatan perdagangan.
      • Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka.
      • Pedagang Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu.
    • Arab
      • Pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah dari kepulauan Melayu dank ain sutera dan teh dari China.
      • Pedagang Arab juga mengembangkan agama Islam di Melaka.


    5.4 PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

     
    Kedatangan Agama Islam ke Melaka
    • Antara cara agama Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.
    • Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
    • Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
    • Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
    Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
    • Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
    • Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
    • Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
    • Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim al-Jali yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
    • Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
    • Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat amir Hamzah dan Hikayat Muhammad ali Hanafiah.
    • Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
    Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam

    • Melalui perdagangan
      • Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
    • Melalui peranan tentera upahan
      • Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
    • Melalui penaklukan
      • Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
    • Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
      • Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
    • Melalui perkahwinan politik
      • Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
      • Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.
    • Peranan pemerintah Melaka
      • Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.
    Sinar Islam di Melaka

    • Dalam pentadbiran
      • Institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.
      • mMenggunakan undang-undang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
    • Pengajian al-quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
    • Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas.
    • Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometrid an ayat al-Quran atau hadis.
    • Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.

       

       
    5.5 PUSAT KEGIATAN ILMU

    • Istana menjadi pusat kegiatan ilmu pengetahuan dan menjadi tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang terdiri daripada :
      • Pengarang yang mengarang sejarah, menghasilkan pelabgai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana.
      • Ulama yang menulis dan menterjemah kitab agama Islam.
      • Juritulis yang mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, dan menjadi guru kepada anak-anak raja.
    • Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera dari arab dan Parsi :
      • Karya sastera terjemahan seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.
      • Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Nabi Yusof.
    • Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan.
    • Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang hal agama. Contohnya, mereka membahaskan kitab Darul Manzum yang berkaitan dengan aspek ketuhanan.
    5.6 DASAR PERLUASAN KUASA

    • Cara-cara perluasan kuasa :
      • Penaklukan
        • Kerajaan yang ditakluki ialah Kampar dan Pahang.
      • Perkahwinan
        • Putera dan puteri Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri kerajaan lain seperti Siak, Pahang dan Kelantan.
      • Kerelaan raja negeri lain
        • Seperti Jambi dan Lingga.
      • Campur tangan dalam negeri
        • Melaka memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru-hara seperti Pasai.
    • Kebijaksanaan pemerintah Melaka
      • Sultan Muzaffar Shah Berjaya menguasai Pahang, Kampar dan Inderagiri. Baginda menghantar Tun Perak menghadapi serangan Siam, menjalinkan hubungan dengan China, dan menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim.
      • Sultan Mansur Shah Berjaya menguasai Bernam, Perak dan Siak.
      • Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan seorang yang alim, gagah, mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri dan Berjaya menguasai Aru. 
      • Bendahara Tun Perak merupakan pembesar yang cekap dan berwibawa. Beliau Berjaya menghalang serangan Siam.

    2 ulasan: