Isnin, April 11

KEGEMILANGAN MELAKA SEBAGAI PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

5.4 PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

 
  • Bukti Islam telah bertapak :
    • Kedah ; batu nisan di Tanjung Inggeris, - abad ke-9
    • Terengganu : batu bersurat Kuala Berang- abad ke-13
    • Melaka : Megat Iskandar Shah memeluk Islam-abad ke-15

       
Kedatangan Agama Islam ke Melaka

  • Antara cara agama Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.
  • Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.
  • Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.
  • Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.
Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

  • Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.
  • Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.
  • Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.
  • Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim al-Jali yang mengarang kitab Insan al-Kamil.
  • Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.
  • Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat amir Hamzah dan Hikayat Muhammad ali Hanafiah.
  • Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.
Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam

  • Melalui perdagangan
    • Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.
  • Melalui peranan tentera upahan
    • Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.
  • Melalui penaklukan
    • Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.
  • Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)
    • Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.
  • Melalui perkahwinan politik
    • Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.
    • Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.
  • Peranan pemerintah Melaka
    • Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.
Sinar Islam di Melaka

  • Dalam pentadbiran
    • Institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.
    • Menggunakan undang-undang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
  • Pengajian al-Quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.
  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas.
  • Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometri dan ayat al-Quran atau hadis.

  • Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.

5 ulasan:

  1. CURSOR BOLEH TUKAR TAK BURUK GILA NAK MAMPUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. comel aper cursor ni...hello kitty...pink lg..i like!

      Padam
  2. terima kasih sgt2. . bole siap dah folio ni. . .may allah bless you <3 TQ

    BalasPadam
  3. THANK YOU sangat sangt . folio sy siap dgn bantuan blog awk . mgbu :*

    BalasPadam
  4. Thank You so much....mmg berguna blug awk ni may allah bless you <3 TQ

    BalasPadam