Rabu, Februari 23

BAB 3 : KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA

PENGENALAN  :
  • Terdapat 2 bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara iaitu :
    • Kerajaan Agraria
    • Kerajaan Maritim
  • Contoh kerajaan Agraria  :
    • Kerajaan Angkor
    • Kerajaan Funan

  • Contoh kerajaan Maritim  :
    • Kerajaan Champa
    • Kerajaan Chih Tu
    • Kerajaan Srivijaya (Sriwijaya)
    • Kerajaan Kedah Tua
    • Kerajaan Majapahit

3.1 - KERAJAAN AGRARIA
  • kerajaan agraria merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian.
  • kerajaan ini terletak di :
      • kawasan tanah subur
      • lembangan sungai
      • kawasan pedalaman
  • Masyarakatnya menjalankan kegiatan  :
    • berburu
    • memungut hasil hutan
    • menangkap ikan
    • menjalankan kegiatan pertanian
        • ubi taro
        • padi huma
        • padi sawah
    • menternak binatang
  • kemahiran masyarakat  :
    • membina empangan dan saliran
      • penting untuk kegiatan pertanian
  • Contoh kerajaan Agraria  :
    • kerajaan Angkor
    • kerajaan Funan
.....................................................................................................................................................

  • KERAJAAN FUNAN - kerajaan terawal di Asia Tenggara
    Ä  Diasaskan pada abad pertama Masihi
    Ä  Pusat kerajaan terletak di Vjadhapura
    Ä  Empangan, saliran dan takungan air dibina untuk mengairi kawasan pertanian terutama sawah padi
    Ä  Bekalan air diperolehi daripada Sg. Mekong dan kawasan persisiran pantai
    Ä  Raja pertama ialah Kaundiya yang menggunakan gelaran Kurung Bnam
    o   Kurung Bnam  bermaksud raja-raja gunung
    o   Istilah  Bnam bererti gunung
    o   Gunung yang dimaksudkan ialah gunung suci yang menjadi simbol kuasa raja
    Ä  Fan Shih-Man merupakan seorang jeneral yang agung
    Ä  Pelabuhan utama ialah Oc-Eo ( kemudiannya menjadi kerajaan maritim kerana kedudukan yang strategik)
    Ä  Sungai Mekong merupakan jalan perhubungan perdagangan


  • KERAJAAN ANGKOR
Ä  Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Ä  Pusat kerajaan terletak di hilir Sg. Mekong
Ä  Sistem pemerintahan berasaskan sistem pemerintahan beraja  :
o    Raja dibantu oleh kerabat diraja untuk menjalankan pentadbiran
o    Raja mempunyai kuasa mutlak dan dianggap devaraja
Ä  Mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan  Suryavarman II
Ä  Kawasan  pertanian utama di sekitar Tasik Tonle Sap
o    Tasik Tonle Sap ialah tasik yang dibina pada abad ke-10 Masihi
o    Tasik ini terletak di bahagian tengah Kemboja.
o    Merupakan sistem pengairan terpenting untuk kegiatan pertanian padi sawah
o    Air disalurkan melalui empangan dan saliran
o    Kawasan di sekitar tasik ini subur dan sesuai unutk menanam padi
Ä  Baray dibina untuk kemudahan pertanian
o    Baray ialah sebuah kolam air besar yang dibina untuk menampung 30 juta meter padu air. Air dari kolam ini disalirkan ke 12.5 juta ekar sawah.
o    Pembinaan baray membolahkan kerajaan Angkor memperoleh hasil pertanian yang banyak.
Ä  Angkor Wat  merupakan bukti  kewujudan kerajaan Hindu-Buddha. Menerima agama Hindu-Buddha sebagai ajaran utama
....................................................................................................................................................

 
3.2  - KERAJAAN MARITIM
  • kerajaan yang menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan perdagangan @ kelautan
  • kerajaan ini terletak di  :
    • persisiran pantai
    • berdekatan dengan laut
    • di muara sungai
  • masyarakatnya menjalankan kegiatan  ;
      • perdagangan
      • membuat kapal
      • kegitan perikanan
  • pelabuhan muncul sebagai pusat perdagangan di kuala sungai.
    • pelabuhan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan  ;
        • bekalan air
        • tempat tinggal
        • tempat menyimpan barang dagangan
        • kawasan berjual-beli
  • dalam urusan perdagangan, kerajaan maritim berfungsi sebagai orang tengah
  • kerajaan ini menjadi pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan pulau-pulau berhampiran
    • contoh barangan dagangan :
        • hasil hutan
        • rempah-ratus
        • ubat-ubatan
        • gaharu
        • cendana
        • damar
    • barangan tersebut mendapat permintaan tinggi di pasaran antarabangsa
  • kegiatan perdagangan dijalankan di pelabuhan utama yang berfungsi sebagai pelabuhan entrepot
  • barangan tersebut juga dijual kepada pedagang asing dari  :
      • Eropah
      • Arab
      • India
      • China
  • kemahiran masyarakat  :
    • membuat kapal
    • menguasai ilmu pelayaran
      • mampu belayar hingga ke Afrika Timur
  • contoh kerajaan Maritim  :
    • kerajaan Champa
    • kerajaan Chih Tu
    • kerajaan Srivijaya
    • kerajaan kedah Tua 
    • kerajaan Majapahit
...................................................................................................................................

KERAJAAN CHAMPA
Ä  Diasaskan sekitar tahun 192 Masihi oleh Chu-Lien
Ä  Raja dipengaruhi oleh agama hindu
Ä  Dalam struktur pentadbirannya terdapat pegawai pemungut cukai.
Ä  Ditadbir oleh 14 dinasti
Ä  Pada akhir kurun ke-13, dipengaruhi oleh China  dan pengaruh ini lenyap pada kurun ke-15
Ä  Menurut sumber Sanskrit, pada tahun 400 Masihi diterajui oleh Bhadravarnom
Ä  Nama Champa wujud pada tahun 655 masihi


KERAJAAN CHIH TU
Ä  Menurut catatan I-Ching, Chih Tu bermaksud Tanah Merah
Ä  Diasaskan pada abad ke-6 Masihi oleh  Raja Guatama
Ä  Diketuai oleh seorang raja yang berkuasa mutlak
Ä  Raja dibantu oleh 3 orang menteri yang bertanggungjawab dalam pemerintahan dan pentadbiran
Ä  Sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan kerajaan Srivijaya yang menerima pengaruh Hindu

KERAJAAN SRIVIJAYA
Ä Diasaskan pada abad ke-7 Masihi
Ä Berpusat di Palembang
Ä Raja berkuasa mutlak
Ä Menurut catatan Arab, raja dianggap sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau
o   Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau menggambarkan kebesaran seseorang raja.
o   Raja digambarkan mempunyai kuasa sakti, berkuasa mutlak dan bersifat ketuhanan
Ä Menteri-menterinya merupakan orang perantaraan antara raja dengan rakyat
Ä Catatan pada Batu Bersurat bertarikh 683 Masihi yang dijumpai di Telaga Batu, menunjukkan terdapat 3 bahagian pentadbiran iaitu :
o      Pentadbiran diraja
o      Pentadbiran ketenteraan
o      Pentadbiran daerah
Ä Menguasai Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut Jawa untuk mengawal seluruh kegiatan perdagangan maritim di Kepulauan Melayu
Ä Pelabuhan pentingnya ialah Palembang
Ä Barang dagangan seperti damar, cendana, kapur barus, kemenyan dan lada hitam

KERAJAAN MAJAPAHIT
Ä  Diasaskan oleh Raden Wijaya
Ä  Sistem pemerintahan  :
o   Raja dibantu oleh Perdana Menteri dan 4 orang menteri
o   Mengamalkan konsep Devaraja iaitu wakil dewa untuk memimpin manusia
o   Sistem pemerintahan berasaskan Undang-Undang Manu yang menjelaskan peranan Raja dalam membicarakan kes-kes awam
§  Undang-Undang Manu merupakan sumber bertulis yang menjelaskan peranan hakim membicarakan kes-kes awam
Ä  Kegemilangan kerajaan semasa pemerintahan Hayam Wuruk (Raja Senagara) dan Perdana Menteri  iaitu Patih Gajah Mada
Ä  Perdagangan :
o   Dikunjungi oleh pedagang dari luar dari asia Tenggara, China, India dan Timur Tengah
o   Pelabuhan utama ialah Kataha dan Temasik

KERAJAAN KEDAH TUA (kerajaan terawal di semenanjung Tanah Melayu)

Ä  Diasaskan pada abad ke-5 Masihi
Ä  Juga dikenali sebagai Kataha
Ä  Menurut catatan I-Ching, Kedah Tua disebut sebagai Cheh-Cha
Ä  Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sg. Mas dan kemudiannya berpindah ke Lembah Bujang
Ä  Dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu
Ä  Pengaruh Hindu-Buddha dapat dibuktikan melalui peninggalan candi di Lembah Bujang
o   Candi ialah bangunan tempat penyembahan menurut agama Hindu-Buddha
o   Candi menggambarkan betapa kuatnya pengaruh Hindu-Buddha. Hal ini dibuktikan melalui seni ukir pada bangunan tersebut
Ä  Gunung Jerai menjadi panduan kepada pedagang untuk singgah di pelabuhan Sg. Mas dan Lembah Bujang
Ä  Pelabuhan Kedah Tua :
o   Merupakan pelabuhan entrepot
o   Menjadi pusat pertukaran barang-barang
o   Tempat persinggahan pelayar dari luar seperti  Arab, Parsi, India dan Sri Lanka
o   Pusat perdagangan hasil tempatan
o   Barang dagangan terdiri daripada beras, emas, damar, bijih timah, rotan, dan lada hitam
Ä  Kegemilangan  :
o   Kegemilangan kerajaan dibuktikan melalui penemuan :
§  wang perak pada zaman pemerintahan Sultan al-Mutawakil (tahun 874-861 Masihi)
§  manik dari India
§  barangan kaca dari Timur Tengah

pintu gerbang kerajaan Kedah Tua




 

16 ulasan:

  1. Salam...saya mintak ilmu ye utk nota.

    BalasPadam
  2. best betul dapat jawapan untuk kertas 3...nanti boleh laa masukan dalam exam ...

    BalasPadam
  3. Kerajaan Kedah Tua (Kedah Langkasuka 650 - 881 Masihi), Kedah Pasai Ma 881 hingga 1300 Masihi) dan (Benua Islam Siam Ayutthaya, Nagara Kedah Pasai Ma 1300 hingga 1876 Masihi) semuanya adalah kerajaan Islam bukannya Hindu Buddha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Diawal kurun Masehi pertama Kerajaan Kedah Tua menganut AJARAN IBRAHIM.

      Padam
    2. Benar semata-mata benar, semua Kerajaan Mala-UR atau Melayu yang awalnya menganut AJARAN IBRAHIM di seluruh NUSASERANTAU menerima ISLAM dengan rela termasuk KERAJAAN MELAYU JOHOR RIAU SUMATERA, JOHOR LINGGA SUMATERA, KUANTAN SENGIGI SUMATERA, KERAJAAN MELAYU KAMPAR SUMATERA, KERAJAAN MELAYU TERENGGANU RIAU SUMATERA, KERAJAAN KEDAH JAMBI SUMATERA, KERAJAAN MELAYU INDERAGIRI SUMATERA, MELAYU INDERAPURA SUMATERA, MELAYU SIAK SUMATERA, SEREMBAN SUMATERA BARAT, PAGARUYUNG SUMATERA/NISMILAN/N9 dll.

      Padam
  4. Kerajaan Kedah Tua tertubuh seawal kurun masehi pertama. Disebut sebagai kerajaan Mala-UR. UR adalah tempat kelahiran Raja Agung Iskandar Zulkarnaen dibawah Kerajaan Cheldina di zaman Nabi Allah Ibrahim. Ajaran Ibrahim yang kemudiannya dikenali sebagai BRAHMA atau BRAHMIN dan disebut juga sebagai BRAHAMANA (sebutan bagi penganut KERAJAAN KUTAI) diaebarkan oleh Raja Iskandar Zulkarnaen di Selatan India dan Campa sebelum ke Kedah Tua dan kemudiannya ke kerajaan kembarnya Kerajaan Kedah Jambi. Ajaran Ibrahim merupakan Ajaran mengESAkan Maha Pencipta dan mengamalkan amalan korban sapi atau lembu sepertimana yang diamalkan oleh Kerajaan Kutai, Kedah Tua dan Kerajaan Jambi di zamannya sebagai gantian korban Ismail Putera Ibrahim AS. Bahasa, budaya dan tulisan rasmi Kerajaan Kedah Tua di zamannya adalah campuran Bahasa Hebrew, Ibrani, Sanskrit dan Malayo Indocina/Campa, begitu juga dengan tulisan Pallava yg mempunyai pengaruh Tulisan Hebrew dan Ibrani, manakala budaya amalan Kerajaan Mala dan Rakyat Mala-UR ketika itu mengamalkan campuran budaya India Selatan dan Indocina Selatan serta amalan budaya tempatan. Kerajaan Kedah Tua, Kerajaan Mala-UR/Melayu Jambi dan Kerajaan Mala-UR/Melayu Kutai sama sekali BUKAN KERAJAAN HINDU maupun BUDDHA. Agama Hindu menganggap SAPI atau LEMBU sebagai dewa meraka, masakan penganut agama hindu menyembelih tuhan mereka seperti yang diamalkan oleh penganut Ajaran Ibrahim.

    BalasPadam
  5. AJARAN IBRAHIM juga dipercayai disebarkan oleh 6 Putera Nabi Ibrahim bersama IBU QETHURA melalui Jalan Sutera dan juga cucu Ibrahim Menaseh serta Eprahem. Turut juga dikembangkan oleh Nabi Yusuf AS salah satu "THE LOST TRIBES OF ISRAEL" atau BANI ISRAEL YANG HILANG yang mentamadunkan Bangsa Mala atau Melayu.

    BalasPadam
  6. saya nak tanya puas saya cari jawapan hasl pertanian kerajaan angkor boleh tolong tak

    BalasPadam
  7. nak tanya ni mengapakah zaman kegemilangan kerajaan kedah tua adalah semasa pemerintahan sultan al-mutawakil?

    BalasPadam
  8. Kerajaan Srivijaya diasaskan oleh siapa yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. bace la sendiri semua nak suruh orang carikan kan

      Padam
  9. tk nmpk la warna warni banyak sangat

    BalasPadam
  10. Sakit mata aku tengok tapi bila aku baca maklumat ni ada guna untuk exam aku nanti

    BalasPadam