Isnin, Februari 7

BAB 1 : SEJARAH DAN KITA

1.1  PENGERTIAN SEJARAH
  • Beberapa istilah dan pengertian sejarah telah diberikan oleh ahli-ahli sejarah atau sejarawan  :

Perkataan Arab - Syajaratun
Bermaksud  :
                           i.        Pohon atau pokok,
                            ii.        Salasilah
                            iii.        Riwayat
                           iv.        keturunan
                           v.        Asal usul
Ibn Khaldun
Membicarakan tentang masyarakat manusia, atau peradaban manusia, tentang perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Herodotus
Penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab melakukannya.
Muhd. Yusof Ibrahim
Catatan atau rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
Maksud Umum
Sejarah merupakan penyelidikan mengenai perkara-perkara yang telah berlaku.

  • Antara penulis sejarah awal negara  dan karya mereka :

  1.   Tun Sri Lanang  :  Sejarah Melayu
  2.    Raja Ali Haji  : Tuhfat al-Nafis
  3.     Abdul Hadi Hassan : Sejarah Alam Melayu


1.2  CIRI-CIRI SEJARAH
·         Ciri-ciri sejarah dapat membantu merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku.
·         Melalui rekonstruksi, kita dapat membentuk gambaran mengenai sesuatu peristiwa masa lalu dengan mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yang diperolehi.
·         3 ciri sejarah  :
                               i.        Fakta yang tepat dan benar
                              ii.        Penting dan bermakna
                             iii.        Sebab dan akibat

Ciri-ciri
Huraian
Fakta yang tepat dan benar
·      Peristiwa, tokoh, tarikh dan tempat yang dibuktikan kebenarannya.
·      Fakta sejarah tidak boleh ditokok tambah dan direka.
·      Perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
·      Cth : Peristiwa pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan.

Penting dan bermakna
·      Penting dan memberi kesan kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
·      Cth :
§   Diri -Tarikh lahir dan tarikh mula bersekolah
§   Keluarga -Tarikh perkahwinan ibu bapa
§   Masyarakat -Hari Pekerja, Hari Guru
§   Negara – Hari Kebangsaan

Sebab dan akibat
·      Mencari kebenaran tentang sesuatu peristiwa masa lalu
·      Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
·      Mengetahui apa, siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku
·      Kesahihan fakta dapat dibuktikan
·      Dapat menimbulkan perasaan ingin tahu untuk mengetahui bagaimana dan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesannya
·      Dapat dijadikan panduan untuk hidup aman dan bersatu padu
·      Cth  :


§   Kewujudan masyarakat majmuk di negara kita



1.3  SUMBER SEJARAH
·         Sejarah ditulis berdasarkan kajian terhadap sumber sejarah seperti :
                              i.        Artifak
                             ii.        Fosil
                            iii.        Dokumen
                           iv.        Manuskrip
               v.        Peta
                           vi.        Sumber lisan
·         Sumber sejarah penting dalam memberikan maklumat dan bukti yang benar tentang sesuatu peristiwa
·         2 sumber sejarah  :
                              i.        Sumber pertama / primer
                             ii.        Sumber kedua / sekunder

Sumber
Keterangan
Sumber   Pertama  (Sumber  Primer)
  §  Bahan dalam bentuk kertas, fosil, artifak dan keterangan lisan
  §  Belum diolah dan belum dicetak
  §  Bersifat asli dan belum ditafsir
  §  Cth :
             ·         Fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip yang belum 
                   dicetak dan batu bersurat
             ·         Fosil  ialah tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada  
                    zaman lampau
             ·         Artifak ialah barang yang dicipta oleh manusia seperti pisau, 
                    kapak dan pinggan mangkuk
Sumber Kedua (Sumber Sekunder)
  §  Bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
  §  Ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
  §  Bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum
  §  Cth :
              ·         Buku, majalah, jurnal, akhbar, ensiklopedia, risalah, laporan 
                     tahunan jabatan.



1.4  KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
  • ·         3 kaedah mengkaji sejarah :

                      i.        Kaedah Lisan
                     ii.        Kaedah Bertulis
                    iii.        Kaedah Arkeologi

Kaedah
Huraian
Kaedah Lisan
·      Maklumat diperoleh terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan, pengisahan dan perbualan/ temu ramah
·      Kelemahan : bercampur dengan unsur dongeng, mitos dan lagenda
·      Sejarawan perlu memilih, mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat
·      Kaedah pandang dengar :  hasil perkembangan sains dan teknologi, peralatan seperti televisyen, internet, video,radio dan pita rakaman digunakan
·      Temu bual / perbualan : untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau pandangan seseorang tokoh
Kaedah Bertulis
·      Mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis,dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam gading dan kertas
·      Memperoleh maklumat mengenai sesuatu peristiwa, perkara, tokoh, kejadian, perundangan dan adat resam
Kaedah Arkeologi
·      Maklumat sejarah diperoleh secara saintifik
·      Cabang arkeologi termasuk angkasa lepas, maritime dan gali cari
·      Ahli arkeologi mendapat maklumat sejarah malalui proses cari gali
·      Ketepatan usia bahan tinggalan  seperti fosil, binaan batu,peralatan logam, tembikar dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon
·      Ahli arkeologi dapat membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah


1.5  PENTAFSIRAN SEJARAH
·         Kepentingan/ tujuan : menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya
·         Sejarawan melakukan penyelidikan mencari jawapan dan menerangkan sebab-musabab sesuatu peristiwa itu berlaku untuk menghasilkan fakta yang tepat dan benar.
·         Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan.


·         Contoh  :  Peristiwa pembunuhan Residen British, J.W.W Birch di Perak  : 
à Ada sejarawan berpendapat beliau dibunuh kerana memperkenalkan cukai di Perak.
à Sejarawan lain berpendapat pembunuhannya adalah kerana mengambil alih kuasa pembesar dan raja Perak



·         Contoh  : faktor kedatangan British ke Tanah Melayu  :
à Sejarawan 1  : faktor kemanusiaan ( membantu raja-raja Melayu mententeramkan keadaan kacau bilau.)
à Sejarawan 2  : faktor ekonomi  (membolot kekayaan ekonomi yang terdapat di Tanah Melayu seperti bijih timah)


·         Tafsiran sejarah berbeza disebabkan pandangan yang berlainan :
      ·         Contoh  : Peristiwa perjuangan Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela dan Tok Janggut menentang penjajahan British.
   à Sejarawan Barat  :  menyifatkan mereka sebagai 
                         pemberontak
   à sejarawan tempatan  :  menyatakan mereka 
                         sebagai pejuang tanah air.






1.6  KEPENTINGAN SEJARAH
·           Kita perlu memahami dan menghayati sejarah supaya  :
à kita berbangga menjadi warganegara
à bertanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.

a)    8  TUJUAN MEMPELAJARI SEJARAH
                       i.       Memperoleh banyak pengetahuan – melalui pembelajaran sejarah negara, tokoh atau peristiwa.
                      ii.       Memahami sejarah tamadun awal bangsa kita – wujudnya zaman Paleolitik, zaman Neolitik dan zaman Logam di negara kita.
                     iii.       Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi dan membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia
                                                iv.       Mengambil contoh kejayaan pemimpin negara –  contoh  : peranan Tunku Abdul Rahman Putra yang bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin lain memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957 daripada penjajah British.
                                                v.       Menghargai usaha dan jasa pemimpin negara – peranan pemimpin negara yang berusaha memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial.
                    vi.       Berhati-hati agar kesilapan masa lalu tidak berulang
                    vii.       Merangka wawasan masa depan – dengan lebih yakin dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang.
 
b)    5 FAEDAH MEMPELAJARI SEJARAH
                       i.       Memberi panduan dan ikhtibar - untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan pada masa lalu.
                      ii.       Menjadi perangsang untuk kemajuan negara – kejayaan pemimpin negara mengisi kemerdekaan dengan merancang pelbagai program pembangunan negara.
                     iii.       Memupuk semangat patriotisme – semangat cinta akan negara ini muncul apabila kita mengetahui siapa diri, bangsa, dan negara kita.
                     iv.       Mengingati zaman keagungan pada masa lalu – keagungan Kesultanan Melayu Melaka boleh diulangi dengan adanya kegigihan dan kesungguhan rakyat dan pemimpin.
                      v.       Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam suasana aman dan damai 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan