Setelah membuka Melaka, Parameswara berusaha untuk memajukan negeri Melaka disamping
mengembangkan pengaruhnya.
- Parameswara telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur.
- Pelbagai jawatan telah diwujudkan untuk membantu baginda dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negeri Melaka.
- Antara jawatan tersebut ialah :
- pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri.
- 40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja.
- biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran.
- biduanda juga dikenali sebagai :
- budak kundang
- budak raja
- juak-juak
- hamba @
- orang suruhan raja
2. KEMUDAHAN PELABUHAN
- Parameswara berusaha gigih membangunkan Melaka melalui kegiatan perdagangan.
- Pelabuhan Melaka telah dimajukan dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan pedagang-pedagang asing singgah dan berniaga di Melaka.
- Antara kemudahan yang disediakan :
- tempat membaiki kapal
- bekalan air bersih dan makanan
- tenaga kerja
- tempat penginapan
3. BANTUAN ORANG LAUT
- Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang Laut yang mempunyai ciri-ciri kepahlawanan dan mahir dalam selok-belok Selat Melaka untuk menjaga keamanan dan keselamatan Melaka.
- Orang Laut mahir dalam bidang kelautan dan membekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan di Melaka.
- Tome Pires dan de Barros menyatakan bahawapusat petempatan Orang Laut terletak di Bentan, Temasik dan Lingga.

4. HUBUNGAN DIPLOMATIK
- Sebagai seorang pemimpin yang bijak, Parameswara telah menajalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China demi menjamin keselamatan Melaka.
- Hubungan diplomatik dengan Siam telah dijalin untuk mengelakkan Melaka daripada diserang oleh Siam dan seterusnya mengiktiraf kedaulatan Melaka.
- Hubungan Diplomatik dengan China pula dijalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 serta 1409.
- Melaka menjadi negeri naungan China dan mengahntar ufti bunga emas ke China.
- kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Melaka.
- hubungan diplomatik dengan China telah menyelamatkan Melaka daripada ancaman kerajaan Siam di utara dan Majapahit di selatan.
IKATAN KONSEP DAULAT
- Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu, orang Laut dan orang Asli yang telah banyak membantu Parameswara dalam membangunkan Melaka.
- Orang Melayu berperanan sebagai ketua-ketua masyarakat dan dilantik memegang jawatan pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
- Orang Laut membekalkan hasil laut sebagai barang dagangan dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
- Orang Asli membekalkan hasil hutan unutk kegiatan perdagangan.
- Penduduk Melaka mempunyai semangat sanggup berkorban, menghargai pemimpin dan taat setia kepada raja yang turut membantu Parameswara membangunkan Melaka.
- Hubungan raja dengan rakyat adalah erat dan sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara