Sabtu, Mac 19

4.3 KEGIGIHAN PARAMESWARA MEMBANGUNKAN KMM

Setelah membuka Melaka, Parameswara berusaha untuk memajukan negeri Melaka disamping
mengembangkan pengaruhnya.

1. SISTEM PEMERINTAHAN YANG TERATUR
  • Parameswara telah membentuk sistem pentadbiran yang teratur.
  • Pelbagai jawatan telah diwujudkan untuk membantu baginda dalam hal pemerintahan dan pentadbiran negeri Melaka.
  • Antara jawatan tersebut ialah :
    • pembesar yang bertanggungjawab dalam hal ehwal balairung seri.
    • 40 orang bentara untuk menjalankan perintah raja.
    • biduanda kecil untuk membawa alat-alat kebesaran.
      • biduanda juga dikenali sebagai  :
          • budak kundang
          • budak raja
          • juak-juak
          • hamba @
          • orang suruhan raja
2. KEMUDAHAN PELABUHAN
  • Parameswara berusaha gigih membangunkan Melaka melalui kegiatan perdagangan.
  • Pelabuhan Melaka telah dimajukan dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk menggalakkan pedagang-pedagang asing singgah dan berniaga di Melaka.
  • Antara kemudahan yang disediakan  :
    • tempat membaiki kapal
    • bekalan air bersih dan makanan
    • tenaga kerja
    •  tempat penginapan 



3. BANTUAN ORANG LAUT
  • Parameswara telah mendapatkan bantuan Orang Laut yang mempunyai ciri-ciri kepahlawanan dan mahir dalam selok-belok Selat Melaka untuk menjaga keamanan dan keselamatan Melaka.
    • Orang Laut juga dikenali sebagai Orang Selat @ Cellates @ Seletar dalam kalangan pengembara Barat.
  • Orang Laut mahir dalam bidang kelautan dan membekalkan hasil laut untuk kegiatan perdagangan di Melaka.
  • Tome Pires dan de Barros menyatakan bahawapusat petempatan Orang Laut terletak di Bentan, Temasik dan Lingga.

4. HUBUNGAN DIPLOMATIK
  • Sebagai seorang pemimpin yang bijak, Parameswara telah menajalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China demi menjamin keselamatan Melaka.
    • Hubungan diplomatik dengan Siam telah dijalin untuk mengelakkan Melaka daripada diserang oleh Siam dan seterusnya mengiktiraf kedaulatan Melaka.
    • Hubungan Diplomatik dengan China pula dijalin apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka pada tahun 1404 dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1405 serta 1409.
      • Melaka menjadi negeri naungan China dan mengahntar ufti bunga emas ke China.
      • kerajaan China telah mengurniakan payung kuning, cap mohor dan sepersalinan pakaian sebagai tanda pengiktirafan kepada Melaka.
    • hubungan diplomatik dengan China telah menyelamatkan Melaka daripada ancaman kerajaan Siam di utara  dan Majapahit di selatan.
IKATAN KONSEP DAULAT
  • Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu, orang Laut dan orang Asli yang telah banyak membantu Parameswara dalam membangunkan Melaka.
    • Orang Melayu berperanan sebagai ketua-ketua masyarakat dan dilantik memegang jawatan pembesar seperti hulubalang dan biduanda dalam pentadbiran Melaka.
    • Orang Laut membekalkan hasil laut sebagai barang dagangan dan menjaga keselamatan Selat Melaka.
    • Orang Asli membekalkan hasil hutan unutk kegiatan perdagangan.
  • Penduduk Melaka mempunyai semangat sanggup berkorban, menghargai pemimpin dan taat setia kepada raja yang turut membantu Parameswara membangunkan Melaka.
  • Hubungan raja dengan rakyat adalah erat dan sangat penting dalam menjamin kemakmuran negara


    Jumaat, Mac 18

    4.2 ASAL USUL NAMA MELAKA

    1. Berasal daripada nama pokok
    • Berdasarkan Sejarah Melayu :
      • Nama Melaka berasal daripada nama Pokok Melaka, tempat Parameswara berehat.
        • Parameswara telah melihat peristiwa luar biasa iaitu anjing perburuannya telah ditendang oleh seekor pelanduk yang kecil.
      • Justeru, Parameswara telah memilih tempat tersebut untuk didirikan sebuah kerajaan dan menamakannya, "Melaka" - sempena nama Pokok Melaka tempat baginda berehat.
     
    •  Mennurut Mitos Hindu  :
      • Nama Melaka berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu 'Amalaka' yang merujuk kepada pokok pertama yang tumbuh di alam semesta.
        • Pokok tersebut dikaitkan dengan tempat kediaman tuhan agama Hindu iaitu Brahman, Shiva dan Vishnu.
        • Buahnya pula dipercayai mempunyai kuasa ajaib.
    2. Berasal daripada Istilah Bahasa Arab

    • Dalam Bahasa Arab, nama Melaka berasal daripada istilah  :
      • 'Mulaqah' yang bermaksud "pertemuan"
      • 'Malakat' yang bererti "perhimpunan segala dagang"


    Dapatkan info lanjut mengenai topik ini di sini  :

    4.1 PARAMESWARA PENGASAS KMM

    KISAH PENGASASAN KMM.
    Perjalanan Parameswara dari Temasik Ke Melaka.

    Peta Perjalanan Parameswara
                  Parameswara merupakan putera raja Palembang. Baginda cuba mengembalikan kedaulatan kerajaan Srivijaya dari cengkaman kerajaan Majapahit. Dalam usaha baginda untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit, kerajaan Majapahit terlebih dahulu telah menyerang Palembang. Palembang akhirnya dapat dikuasai oleh Majapahit. Oleh yang demikian, Parameswara bersama-sama para pembesar Melayu dan Orang Laut berundur dari Palembang.

                Setelah mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya Parameswara sampai di sebuah pulau yang bernama Temasik. Temasik ketika itu berada di bawah lindungan kerajaan Siam. Temasik pada ketika dahulu pernah menjadi wilayah naungan kerajaan Srivijaya. Pemerintah Temasik pada ketika itu ialah Temagi. Temagi menyambut baik ketibaan Parameswara  dan pengikut-pengikutnya. Ketika berada di Temasik, baginda dapat melihat potensi-potensi yang dimiliki oleh Temasik untuk berkembang maju. Parameswara cuba menuntut hak pertuanannya ke atas Temasik. Akhirnya, baginda berjaya menjadi pemerintah Temasik dengan membunuh Temagi.

                Semangat gigih, tabah menghadapi cabaran, dan kerjasama yang diberikan oleh pengikut-pengikut baginda terutamanya Orang Laut, telah menyebabkan Temasik menjadi maju. Baginda cuba sedaya upaya mengembalikan semula zaman kegemilangan kerajaan Srivijaya.

                Kemajuan Temasik tidak disenangi oleh Siam dan Majapahit. Kerajaan-kerajaan tersebut cuba menguasai dan menakluki Temasik. Bagi mengelak serangan dari siam dan Majapahit serta atas undangan Orang Laut untuk menjadikan baginda sebagai pemimpin mereka, maka baginda dan pengikutnya meninggalkan Temasik dan menuju ke Muar. Selepas beberapa lama tinggal di Muar, baginda bersama-sama dengan pengikutnya meneruskan perjalanan menuju ke utara melalui Sening Ujung dan Bertam. Maka, baginda telah sampai di sebuha perkampungan nelayan.



                Semasa baginda berehat di bawah sebatang pokok, baginda telah melihat satu kejadian yang menakjubkan. Seekor pelanduk kecil telah menedang anjing perburuan baginda. Kejadian ini menghairankan baginda dan memberi petanda bahawa tempat ini sesuai untuk dijadikan negeri. Maka, bagindamengarahkan pengikutnya supaya mendirikan sebuah negeri dengan mengambil nama pokok Melaka yang menjadi tempat baginda bersandar semasa berehat. Lama-kelamaan, wujudlah sebuah kerajaan yang agung di gugusan Kepulauan Melayu  iaitu Kesultanan Melayu Melaka.  

    SEBAB-SEBAB PARAMESWARA MEMILIH MELAKA UNTUK DIJADIKAN SEBUAH KERAJAAN  :
    1.  Kedudukannya yang terletak berhampiran dengan laut menjadikannya sesuai sebagai laluan kapal dagang.
    2. Mudah untuk mendapatkan belakan air bersih.
    3. Bentuk muka buminya yang berbukit-bukau boleh dijadikan petunjuk bagi pedagang dan memudahkan urusan mengawal Selat Melaka.
    4. pokok bakau dan api-api boleh dijadikan benteng pertahanan dan perlindungan semula jadi.
    5. muara sungainya yang terlindung daripada tiupan angin  monsun  dan dalam memudahkan kapal dagang berlabuh.
    ___________________________________________







    Pengenalan - BAB 4 : PENGASASAN KMM

    Bab ini membincangkan usaha Parameswara membebaskan Palembang daripada kekuasaan kerajaan Majapahit. Percubaan untuk mengembalikan keagungan kerajaan Srivijaya menunjukkan Parameswara adalah seorang yang berani dan bercita-cita tinggi. Parameswara berjaya menguasai Temasik. Kemudian, bertapak di Muar dan seterusnya berjaya mengasaskan sebuah kerajaan yang agung, Kesultanan Melayu Melaka, sekitar awal tahun 1400.

    maklumat lanjut  layari laman sesawang berikut  :
    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesultanan_Melaka

    Selasa, Mac 15

    ada yang LULUSsss... ada juga yang GAGALLL....

    tak ramai yang dapat A....
    tak ramai juga yang GAGAL....
    yang ramainya yang SEDERHANA je...
    yang mengejutkan,
    ramai yang dapat A  murid dari kelas 1C....

    Jumaat, Mac 4

    Selamat Menghadapi UJIAN PENILAIAN I......

    Selamat menghadapi UP 1.... ( 9 - 11 Mac 2011 )
    Mata pelajaran SEJARAH hari KHAMIS (10/3) jam 2.50 - 3.50 ptg...

    Selamat mengulangkaji pelajaran..........
    Buat yang terbaik untuk masa depan anda.......

    Khamis, Mac 3

    Bab 3 sudah SELESAI......


    • Minggu ne dah selesai semua subtopik bab 3...
    • Tak tahulah faham ke tak... harap-harap faham...